Thursday, 5 January 2017

Salam JUMAAT pertama tahun 2017 🕌

Assalamualaikum semua 🙋🏻

Lama ina x update blog.. tahun 2015-2016 yg penuh memori pahit manis... perginya insan2 tersayang
dalam hidup ini dan  kesibukan menguruskan ahli keluarga yg x sihat.. ditambah urusan harian anak2, rmh dan biz tiada hujungnya.. updates ada tp kat laman fb & instagram sahaja 😬😅

Semangat & motivasi diri ada naik & turun.. seringkali terusik jiwa dgn kenangan2 bersama arwah datuk, nenek, ayah.. terasa hati kosong tiba2 ☹️😢😓 walau kita tahu hidup mesti diteruskan.

Alfatihah buat semua ahli keluargaku & sahabatku yg telah pergi. Moga ditempatkan dikalangan yg beriman..

Salam JUMAAT pertama tahun ini....

Tentu anda semua ada byk azam baru kan utk 2017? Bole share ngan ina? Pasti ramai jugak antara kita yg sambung azam tahun lalu yg belum tercapai 🙈🙈

Azam ina tahun ni...
✅ mahu menambah amal ibadat.. ubah sikap & akhlak kpd yg lebih baik
✅ nak jd isteri yg lebih rajin urus anak2, lebih pantas & cekap kemas rmh
✅ rajin memasak... nk kurangkan beli lauk/mkn kat luar.. lebihkan air tgn sendiri utk keluarga
✅ nak kurang boros belanja, tingkatkan simpanan
✅ nak jaga kesihatan & kecantikan 😉 Utk diri sendiri & suami tercinta la kan 😍
✅ nak majukan semua biz yg ina dh ceburi.. Hai O & Aidijuma 😊

 Erm cukup la 6 azam.. byk2 kang x terbuat 😂😅

Semoga kita semua berjaya istiqamah dlm usaha kita dan dipermudahkan jalan serta urusan..
semoga tahun ni kita semua berjaya capai azam kita okey 😉💪🏻👍🏻 Amin...

Salam sayang,
Farena

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...