Syukur bagi yang berkesempatan menunaikan rukun kelima, ibadah Haji.. semoga memperolehi Haji Mabrur dan yang mengadakan ibadah korban pada tahun ini, moga segala ibadah yang telah dilaksanakan diterima oleh yang Maha Esa.
Ni la budak2 alaf ini, tak lepas gajet kat tangan..
Raya Aidiladha tahun ni giliran Ina beraya di rumah mak di Kuantan. Kami semua tak balik Johor sebab mak masih belum berapa sihat untuk berjalan jauh..
Menu raya pun biasa aje..
Kami masak rendang daging, nasi impit & kuah kacang..
Untuk budak2.. Ina sediakan ayam goreng berempah aje.. tp duk siapkan perapan ayam tu tetiba rasa nk buat satay.. walaupun ayam ada sket aje..
So, inilah hasilnya..
Menu raya kat rumah mertua pulak, Nasi Bukhari.
Kami sempat juga merasa bila tokma simpankan untuk kami sikit di hari raya kedua..hihi..
Dan yang wajib ada, ketupat palas makan dengan sambal daging yang dicarik-carik.. memang sedap yang tokma buat!
Begitulah raya kali ini yang sederhana sahaja.. Cuti pun tak lama, takde la kami ke mana2 sgt. Yang penting dapat luangkan masa bersama keluarga tersayang dan mencium tangan ibubapa.
Jumpa lagi ye.. wassalam..
No comments:
Post a Comment