Seperti yang kita semua maklum, awal disember lalu banjir besar melanda pantai timur terutama Pahang dan Terengganu.. hujan mula turun pada 30 November 2013.. tapi yang teramat lebat pada 1 Dec seterusnya 2 Dec... pada hr selasa 2 Dec tersebut, bandar Kuantan telah menjadi seperti lautan... manakala bandar Kemaman mula dinaiki air..
Kali ni Ina nak share pengalaman pertama Ina mengalami banjir.. actually Ina tak pernah ada pengalaman rumah dinaiki air.. setelah 2 hari amaran air pasang besar, Ina dan keluarga bersiap2 kemas apa yang sempat, alih kereta ke kawasan selamat (rumah mertua tak banjir), packing baju dan makanan..
Seperti yang dijangka air memang cepat naik.. so sini Ina share sket gambar2 banjir di rmh Ina serta kawasan sekitar. Kalau diikutkan kawasan rmh ina ni memang x banjir..
Hujan lebat pada hari Selasa 2 Dec
Pagi rabu (jam 7.00 pg) air dh paras pintu rumah
Jam 8.00 pg - air mula masuk rumah paras buku lali
Masa ni siap2 nk ke rumah mertua untuk tinggal sementara
Area garaj agak dalam, dh paras lutut
Pagi rabu, orang ramai dah berpusu-pusu pindah keluar
Ni pulak keadaan rumah selepas banjir, gambar ni diambil 5 hari selepas banjir
Teruk juga keadaan rumah
Banyak nak kena basuh, bau lumpur amatlah hanyir
Kesan air bah yang sangat deras, habis pecah jalan masuk ke taman perumahan Desa Solehah
Jalan runtuh diganti dengan jambatan taktikal oleh pihak ATM.. terputus sementara laluan ke pusat bandar..
Memang sedih mengenangkan byk perabot yang baru dibeli bulan Mei lalu kena air banjir, namun Ina masih bersyukur sebab kami kena sikit sahaja berbanding orang lain yang kehilangan byk harta benda, air naik sehingga paras siling rmh serta kereta semua rosak.. tiada tempat berlindung dan makanan..
Sama2 kita ambik iktibar dan sentiasa bersiap sedia menghadapi apa jua bencana yang datang..
Semoga selepas ni tiada lagi banjir sebesar ini yang menenggelamkan bandar Kemaman dan Kuantan.
Nanti ina share lagi pic ye bila ada kesempatan..serta sedikit tips persediaan menghadapi banjir kerana walaupun kami agak bersedia, rupanya banyak lagi perkara2 kecil tapi penting yang kami lupa. Moga jadi panduan untuk lebih bersedia next time.
Guideline/panduan serta tips itu penting supaya kita tak main pindah aje dalam serba kekurangan sedangkan kita boleh lebih bersedia demi kebaikan keluarga kita.